Simpsons perli Gal Gadot dan DC Comics dalam episod terbaru

Simpsons perli Gal Gadot dan DC Comics dalam episod terbaru

Gal Gadot sebelum ini pernah berkongsi berita akan berlakon dalam sebuah siri kartun, dengan meminjam suaranya.

Episod berjudul Bart’s Not Dead dalam siri The Simpsons secara terbuka memperli DC Comics dan pelakon Gal Gadot yang terkenal menerusi watak Wonder Women.

Dalam episod kartun tersebut, watak pelakon Gal Gadot hadir sebagai cameo untuk babak ujibakat memainkan watak Lisa yang diadili Homer Simpsons dan Ned Flanders.

Dalam adegan itu, Flanders bersetuju untuk menerima Gal Gadot untuk watak Lisa dengan berkata, “Kamu berjaya mendapatkan watak itu!”

Namun ketika itu, Simpsons pula mencelah dan bertanya mengenai kejayaan Gal Gadot selain berlakon dalam Fast & Furious.

“Tunggu.. tunggu… tunggu. Aku tahu kamu lakukan terbaik di Fast & Furious, tapi ada apa lagi selain itu?” tanyanya.

Gal Gadot pula menjawab, ” “Mmm apakah kau menonton Wonder Woman?”.

Pada detik itu, watak Simpsons dengan selamba berkata, “Aku tertidur terus selepas melihat logo DC.”.

Gal Gadot sebelum ini pernah berkongsi berita akan berlakon dalam sebuah siri kartun, dengan meminjam suaranya.

Dia akui dirinya seorang peminat siri The Simpsons yang ditontonnya sejak muda.

Skrip satira siri daripada Fox Company itu berjaya menarik perhatian ramai dan kini ia ditunggu-tunggu untuk ditonton pada 30 September.

Menjelang September, The Simpsons mencapai musim ke-30nya sejak mula bersiaran pada Disember 1989.

Kartun konsep dewasa ini mengisahkan kehidupan 2 keluarga kelas pertengahan dari kota Springfield dan sudah mencapai lebih 600 episod.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.