Saya gembira Umno tak tanding PRK Port Dickson, kata Anwar

Saya gembira Umno tak tanding PRK Port Dickson, kata Anwar

Presiden PKR itu berkata, beliau masih perlu berdepan saingan daripada calon bebas dalam PRK bulan depan.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan keputusan Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, bulan depan.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih perlu berdepan saingan daripada calon bebas.

“Saya sambut baik siapa yang bertanding, tetapi saya lebih gembira jika benar Umno tidak bertanding,” katanya selepas Syarahan Negarawan di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu memboikot PRK Port Dickson yang diadakan hanya untuk memenuhi cita-cita politik pemimpin tertentu.

Jumaat lalu, Parti Rakyat Malaysia mengumumkan akan bertanding di Port Dickson dan parti itu sudah menyenarai pendek 3 calon berpotensi.

Personaliti Twitter, Stevie Chan Keng Leong turut menyuarakan hasrat bertanding di Port Dickson bagi menentang tindakan PKR mengadakan PRK secara paksaan yang bercanggah dengan proses demokrasi, demi kepentingan seorang individu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.