Pengenalan robot seks ‘mod keluarga’ ditentang ibu bapa

Pengenalan robot seks ‘mod keluarga’ ditentang ibu bapa

robot tersebut mengesan sentuhan dan suara serta intonasi pemilik yang mahukan 'sesi' romantik jika dilayan baik.

Robot seks bukanlah sesuatu yang baharu dalam pasaran, namun apabila robot seks yang sama didakwa mampu memberi layanan kepada kanak-kanak tanpa melibatkan unsur seks, ia mula dipersoal.

Koleksi robot seks bernilai £3,500 (RM16,988), bernama Samantha walaupun hanya dijual 30 unit di United Kingdom setakat ini, ia dilihat satu ugutan terhadap institusi kekeluargaan apabila didakwa mesra kanak-kanak.

Samantha yang dicaj menggunakan kabel USB dilengkapi sistem artificial intelligence (AI) mampu mengubah mod mengikut kehendak.

Ia dilakukan dengan cara mengesan sentuhan dan suara serta intonasi pemilik yang mahukan ‘sesi’ romantik jika dilayan baik.

Perkara itu didedahkan oleh pengusahanya, Arran Lee Wright dalam satu temuramah di kaca televisyen.

Bagaimanapun elemen mesra kanak-kanak tidak disukai ramai khususnya ibu bapa kerana khuatir ia akan memberi kesan tidak baik atau disalahguna.

Arran, pemilik syarikat Synthea Amatus menafikan dakwaan itu sebaliknya akui pihaknya menjalankan penyelidikan selama 4 tahun membangunkan patung tersebut bagi memastikan tiada kecuaian dilakukan.

“Sememangnya, robot ini bukan hanya untuk seks. Ia boleh menjadi peneman yang baik termasuk untuk kanak-kanak.

“Ia bukan bertujuan mengganti tempat wanita, cuma untuk membantu wanita,” katanya.

Arran mengakui kedua-dua anaknya juga dibenarkan bermain dengan robot selepas ia diletakkan dalam ‘mod keluarga’.

“Bezanya dengan robot seks biasa ialah Samantha dilengkapi sistem AI yang bijak,” jelasnya lagi.

Malah isteri Array juga berkata dia menerima Samantha sebagai ahli keluarga dan bukan penggantinya.

Kini syarikat Synthea Amatus sedang merancang untuk membangun robot lelaki pula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.