Kita akan terus pertahan tentera, veteran, kata Anwar

Kita akan terus pertahan tentera, veteran, kata Anwar

Anwar beri jaminan PKR akan terus memperjuangkan isu tentera dan pesara selepas pengunduran Danyal Balagopal.

Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini beri jaminan PKR akan terus memperjuangkan isu tentera dan pesara selepas pengunduran Datuk Danyal Balagopal Abdullah dari Parlimen Port Dickson, di tengah-tengah kritikan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Anwar menghormati pandangan Patriot, yang tidak berpuas hati dengan pengunduran Danyal, seorang bekas pegawai kanan tentera laut, untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen.

“Saya bercadang untuk bertemu mereka dan pastikan isu-isu mereka terus disuarakan. Seperti 2011 ketika saya membangkitkan scandal penyelewengan 1MDB dan tanah di Sungai Besi,” katanya kepada media hari ini.

Sebelum ini, Presiden Patriot Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata tindakan mengosongkan kerusi yang diduduki seorang bekas anggota tentera menunjukkan PKR tidak peduli suara mereka.

“Ramai ahli Parlimen dan senator akan perjuangan isu dan suara mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.