Polis serbu rumah ibu Najib

Polis serbu rumah ibu Najib

Serbuan berlaku pada hari yang sama 25 pertuduhan jenayah dikenakan terhadap Najib Razak.

Tun Rahah Mohamed Noah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis menyerbu kediaman ibu Datuk Seri Najib Razak ketika pihak berkuasa mencengkam bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan baharu hari ini.

Difahamkan serbuan di rumah Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkaitan dengan siasatan ke atas peranan Najib dalam 1MDB.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan berkata polis tidak mengambil apa-apa daripada rumah itu.

“Ya, tergamak mereka menakutkan wanita itu tetapi mereka tidak temui apa-apa pun,” kata peguam terkenal itu kepada FMT.

Serbuan itu berlaku ketika 25 pertuduhan baharu dikenakan terhadap Najib hari ini, menjadikan keseluruhannya 32 pertuduhan sejak siasatan dimulakan selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.