
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan berkenaan.
“Kita masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak peguam negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Pada 9 September lepas Mohd Azis dilapor memecat seorang pegawai susulan perilaku individu berkenaan di kedai cermin mata.
Klip video berdurasi lebih 1 minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di kedai cermin mata menjadi tular di media sosial.