
Beliau ketika ini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pemerhatian SPRM semasa temubual semalam mendapati kesihatannya kurang memuaskan, kata peguamnya, Ridha Abdah Subri.
“Sehubungan itu, Musa ke IJN untuk mendapatkan nasihat pakar kardiologi. Pemeriksaan perubatan telah dijalankan dan atas nasihat pakar, Musa dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ridha berkata anak guamnya beri kerjasama penuh kepada proses siasatan semalam dan Musa hari ini mengulangi bahawa beliau sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.
Adun Sungai Sibuga itu tampil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam untuk membantu siasatan ke atas dakwaan rasuah semasa pilihan raya umum ke-14.
Musa pulang ke Sabah pada Rabu untuk mengangkat sumpah wakil rakyat selepas menjalani rawatan di Hospital Clementine Churchill di London.
Pada hari yang sama beliau terbang ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan pihak berkuasa.