
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan 3 calon itu.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, Amin akan menjalankan tugas datuk bandar KL sehingga hujung bulan ini.
“Ya, saya sudah menghantar senarai nama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk beliau putuskan.
“Saya harap keputusan tersebut dapat diketahui pada pertengahan bulan ini,” katanya selepas merasmikan projek pengindahan lorong belakang di Bukit Bintang, hari ini.
Semalam, Khalid berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Amin, berkuat kuasa 1 September lalu dan mencari calon sesuai untuk menggantikannya.
Amin dilantik sebagai datuk bandar KL ke-11 pada 18 Julai 2015.
Beliau yang mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran DBKL, mula berkhidmat sebagai timbalan pengarah Jabatan Landskap DBKL pada 1978, ketika berusia 22 tahun.
Beliau pernah berkhidmat di bawah pentadbiran 10 datuk bandar KL, termasuk sebagai pegawai khas Tan Sri Elyas Omar selama 4 tahun.
Antara nama disebut-sebut bakal menggantikan Amin ialah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.