
Hii Chang Lik, seorang rakyat Sarawak, dengan perniagaan di Sabah, semalam dilantik ke jawatan itu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Stephen Wong mengesahkan perkara itu malam tadi.
Bekas ketua Amanah Sabah Hamzah Abdullah menyifatkan pelantikan seorang bukan rakyat Sabah menghina kebijaksanaan orang tempatan, terutamanya di Sandakan.
Beliau berkata Hii mempunyai perniagaan kayu balak di Sandakan.
Beliau di Facebook berkata beberapa bulan lalu dia menulis presiden MPS sengaja belum dilantik dan jawatan itu dikhaskan untuk orang Sarawak.
Dia tidak menamakan Hii tetapi menyertakan gambar memaparkan Hii bersama Shafie.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Johnny Mositun berkata pelantikan itu berlawanan dengan dasar mendahulukan rakyat Sabah untuk mengetuai jabatan-jabatan, agensi-agensi dan institusi-institusi kerajaan.
Mositun menyeru Pejabat Ketua Menteri dan menteri kerajaan tempatan Sabah perlu memberi penjelasan, dan pejabatnya juga terima aduan dan bantahan terhadap perkara itu.
“Tetapi PBS ialah parti pembangkang, dan yang terbaik kita boleh lakukan ialah membantah dan menentang pelantikan itu.
“Ini sama seperti pelantikan seorang bukan penjawat awam sebagai pengarah di Jabatan Air Sabah baru-baru ini. Ketua menteri tidak yakini perkhidmatan awam kita.
“Saya tahu ramai rakyat Sabah yang layak atau lebih layak, menjadi presiden MPS, dan begitu juga ramai penjawat awam yang layak menjadi pengarah jabatan air,” katanya.
Mositun berkata perkembangan ini membimbangkan dan nampak seperti ada kronisme dalam pentadbiran Warisan.
“Para menteri dalam pentadbiran baru ini nampak seperti melantik kroni-kroni ke jawatan-jawatan penting. Mereka ini akan bertanggungjawab ke atas dana pembangunan kerajaan dan penganugerahan kontrak.
“Anda boleh teka apa sasaran sasaran mereka. Menghidupkan semula projek Empangan Kaiduan dengan nama baru menceritakan semuanya.
“PBS tidak terkejut jika dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang lebih banyak pelantikan meragukan seperti ini,” katanya.