
Gelagat seorang wanita menjadi tumpuan apabila dia membawa bersamanya sebuah mikrofon untuk memesan makanan di sebuah restoran.
Dalam kejadian yang berlaku di Filipina, wanita itu meminta nasi kepada pelayan dengan menggunakan mikrofon dirakam pengguna Facebook, Liviann Magat dan diviralkan dalam laman sosial.
Wanita itu dipercayai menikmati makan tengah hari di Mang Inasal, sebuah rangkaian restoran di Filipina yang terkenal kerana menawarkan nasi tanpa had.
Klip 9 saat menunjukkan wanita itu sedang makan sambil memegang mikrofon untuk memesan nasi tambahan.
Pekerja restoran tidak mendengarnya ketika pertama kali dipanggil, justeru wanita itu membuat pesanan buat kali kedua.
Menariknya pelayan lelaki itu dilihat ketawa dengan karenah wanita itu dan bukan rasa marah mahupun jengkel dengan perbuatan tersebut.
Klip video itu mendapat 2.4 juta tontonan dan 49,000 perkongsian.
https://www.youtube.com/watch?v=GdkrWzMOqRM