Najis bayi lawan penyakit, bantu kuruskan badan

Najis bayi lawan penyakit, bantu kuruskan badan

Probiotik daripada najis bayi juga didakwa mampu membantu meningkatkan sistem kesihatan tubuh.

Lampin bernajis bayi dikatakan mampu melawan penyakit selain menurunkan berat badan.

Perkara itu didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Wake Forest, utara Carolina diterajui oleh Dr Hariom Yadav.

Dalam kajian itu, tikus yang diberikan beberapa dose probiotik najis bayi menunjukkan sistem pertahanan badan baik untuk melawan penyakit dan menjadi lebih kuat.

Digelar sebagai ‘koktel probiotik’, bakteria dicampurkan dengan kira-kira 34 najis bayi untuk mengkaji kesannya ke atas bahan kajian, tikus.

Di samping membantu meneutralkan keseimbangan semulajadi bakteria, probiotik juga didakwa mampu membantu dalam meningkatkan sistem kesihatan tubuh.

“Kami mendapati bakteria yang terkandung dalam najis bayi menghasilkan rangkaian asid lemak yang tinggi.

“Ia boleh membantu mereka yang berdepan penyakit seperti diabetes, obesiti, kanser, penyakit autoimun dan warga emas,” ujar Yadav kepada SkyNews.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.