
Zainal Abidin, 58, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 2.07 pagi, menurut abangnya Datuk Dr Omar Osman.
“Jenazah akan dibawa ke Pulang Pinang untuk dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal,” katanya menerusi catatan dalam media sosial.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Saya mewakili keluarga memohon ampun maaf andai arwah ada tersilap kata apa-apa dengan sesiapa,” kata Omar berhubung kematian bekas pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang itu.
Isteri Allahyarham, Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin turut memaklumkan perkara sama menerusi laman Instagramnya pagi ini.