Khutbah fitnah PH: PAS saran Amanah kemuka bukti ke majlis agama

Khutbah fitnah PH: PAS saran Amanah kemuka bukti ke majlis agama

Tuan Ibrahim Tuan Man minta Amanah kemuka bukti PAS tuduh PH halalkan LGBT dalam khutbah hari raya kepada Majlis Agama Islam Kelantan.

SHAH ALAM:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Amanah Kelantan kemuka bukti PAS menuduh Pakatan Harapan “menghalalkan LGBT” dalam khutbah hari raya Aidiladha kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

Timbalan presiden PAS itu berkata partinya tidak akan mengulas isu ini lagi sehingga pihak berkuasa membuktikan kebenaran dakwaan Amanah itu.

“Mereka perlu buktikan kepada Maik terlebih dahulu. Kita tidak akan beri kenyataan lagi,” katanya ketika ditemui di sidang media di ibu pejabat PAS Selangor hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan sentimen agama secara salah, selepas Amanah Kelantan dilapor berkata PAS melalui teks khutbah yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Kelantan menuduh PH bertanggungjawab “menghalalkan LGBT”.

Carian FMT di portal Maik tidak menemui teks khutbah hari raya Aidiladha yang dimaksudkan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.