Ibadat haji mula menghampiri penghujungnya

Ibadat haji mula menghampiri penghujungnya

Ibadah haji akan selesai apabila jemaah menyelesaikan 2 lagi rukun, iaitu tawaf haji mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dan Sai iaitu berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Free Malaysia Today
Jemaah haji juga wajib melontar di ketiga-tiga jamrah pada 3 hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. (Gambar Bernama)
MAKKAH:
Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju penghujungnya.

Kerja-kerja haji terakhir akan lengkap setelah selesainya kemuncak ibadah haji iaitu berada di Arafah, kemudian bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak-anak batu sebelum menuju ke Mina dan kemudian melontar di Jamrahtul Qubra pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari Raya Haji.

Jemaah haji juga wajib melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Wusta, Jamratul Sughra dan Jamratul Qubra pada 3 hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah haji akan selesai apabila jemaah haji menyelesaikan 2 lagi rukun iaitu tawaf haji mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dan Sai iaitu berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Kepuasan bagi setiap jemaah ialah apabila mereka dapat melalui pengorbanan dari segi fizikal iaitu berjalan berjam-jam dan beribadat sepanjang malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.