
Gambar foto adalah memori paling penting dalam sesuatu majlis, khususnya majlis perkahwinan. Ia menjadi kenangan yang akan tersimpan selama-lamanya, maka tidak hairanlah ramai yang sanggup melabur untuk khidmat jurugambar.
Bagaimanapun sepasang pengantin di Singapura terpaksa berputih mata selepas semua gambar foto yang dirakam rosak kerana terlebih pendedahan cahaya atau over exposed dan bukan diambil dari perspektif seorang jurugambar professional.
Pengantin lelaki dalam posting di laman Facebook menyatakan ketidak puasannya dengan memuatnaik gambar dirakam oleh syarikat khidmat jurufoto yang ditempahnya.

Ivan Tan berkata wang S$2,700 (RM8,081) yang dibayar kepada Reflection Photography berakhir dengan kerugian apabila album foto majlis perkahwinannya diisi dengan imej yang tidak menarik, rosak dan ‘overexposed’.
“Kami membayar jumlah wang itu untuk pakej fotografi, video dan ‘photobooth’. Sepanjang sesi penggambaran jurufoto berkenaan memberi reaksi semua imej yang dirakam seolah sempurna.
“Dan selepas 3 bulan, ini yang kami dapat,” tulisnya dalam Facebook mempersoal kualiti setiap gambar.
Lebih mengecewakan Ivan ialah syarikat juru foto berkenaan enggan mengaku kesilapan mereka dan mendakwa ia diambil jurufoto berpengalaman dan antara hasil kerja terbaik pihaknya.

Posting Ivan dikongsi lebih 4,700 kali dan menerima lebih 2,000 komen yang rata-rata menunjukkan sokongan kepada Ivan.
Netizen akui foto-foto berkenaan bukan dirakam oleh jurugambar professional dan kelihatan sangat buruk serta rosak.
Lebih mengujakan ada dalam kalangan netizen yang tampil membuat pembetulan imej sekaligus menjadikan imej tersebut jauh lebih baik dari gambar asal.
https://www.facebook.com/ivan.tan.7777/posts/2100027223363453