
Timbalan Pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata bagaimanapun Amanah masih belum mengadakan perbincangan mengenai hal itu sama ada di peringkat negeri atau pusat.
“Bagi Amanah mana-mana tempat yang dihajati pihak pimpinan lebih-lebih lagi pimpinan tertinggi, kita akan beri laluan dan keutamaan kepada mereka, itu dasar daripada dulu lagi.
“Namun ia masih belum dibincangkan di peringkat Amanah sama ada di negeri-negeri dan pusat,” katanya pada sidang media selepas program Sehari Bersama Adun di Kampung Changkat Larang di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat itu berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai desas-desus berhubung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai atau Bukit Gantang di negeri itu.
Katanya, ia juga adalah hak beliau (Anwar) untuk bertanding di mana-mana tempat dan ia terpulang kepada Ahli Parlimen berkenaan untuk memberi ruang kepadanya.