Gempa 5.5 skala Richter landa Pulau Sumatera Utara

Gempa 5.5 skala Richter landa Pulau Sumatera Utara

Pusat gempa itu berlaku di perairan Teluk Dalam di kedalaman 10 km, iaitu 65 km dari Tenggara Nias Selatan, jam 10.20 pagi waktu Indonesia barat.

Free Malaysia Today
Gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami.
JAKARTA:
Gempa bumi berukuran 5.5 pada Skala Richter menggegarkan wilayah Pulau Sumatera Utara pagi ini.

Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku 10.20 pagi waktu Indonesia barat.

Pusat gempa itu berlaku di perairan Teluk Dalam di kedalaman 10 km, iaitu 65 km dari Tenggara Nias Selatan. Menurut BMKG, gempa itu tidak berpotensi tsunami.

Setakat ini belum terdapat maklumat berkenaaan kesan gempa bumi itu terhadap penduduk di sekitar Pekan Baru dan Padang di Pulau Sumatera itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.