India sasar hantar rakyat ke angkasa lepas menjelang 2022

India sasar hantar rakyat ke angkasa lepas menjelang 2022

Perdana menterinya berkata, India akan menjadi negara ke-4 di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas.

Free Malaysia Today
Narendra Modi berkata, beberapa rakyat India akan membawa bendera negara itu ke angkasa lepas menjelang 2022. (Gambar Reuters)
NEW DELHI:
India bakal menjadi negara ke-4 di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas menjelang 2022, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Perdana Menteri, Narendra Modi, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-72 negara itu.

Bercakap dari benteng monumen bersejarah “Red Fort” di Delhi, Modi berkata, beberapa rakyat India akan membawa bendera negara itu ke angkasa lepas menjelang 2022.

“Izinkan saya memberikan khabar gembira kepada seluruh rakyat negara ini. Pada 2022 atau jika mungkin sebelum itu, India akan mengibarkan benderanya di angkasa lepas.

“Dengan berbuat demikian, India akan menjadi negara ke-4 di dunia yang menghantar manusia ke angkasa lepas,” kata Modi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.