
Beliau berkata jumlah sebenar kurangan itu ialah RM19.248 bilion dan bukan RM17.911 bilion yang dilaporkan ke Dewan Rakyat.
Angka itu dikira dalam tempoh dari 2015 hingga 31 Mei tahun ini.
Minggu lepas, Lim mencadangkan Kabinet mengadakan inkuiri terbuka untuk menyiasat mengapa bayaran balik GST tidak dipindahkan ke akaun amanah bagi tujuan itu.
Beliau mencadangkan inkuiri itu diketuai pakar bebas.
Lim hari ini berkata pihaknya tersilap lapor angka yang didedahkan minggu lepas kerana pegawai kementerian tersalah letak tanda perpuluhan.
Oleh itu akaun amanah di mana wang bayaran balik GST didepositkan hanya mempunyai RM148.6 juta di dalamnya dan bukan RM1.48 bilion.