

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.15 tengah hari ketika beliau sedang memandu Mercedes Benz untuk pulang ke rumahnya di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik, di sini.
Bagaimanapun, apabila sampai di sebuah kawasan di perumahan itu dan hendak membelok ke lorong kiri jalan untuk memasuki ke kediamannya, beliau dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.
Akibat kejadian itu, beliau yang berusia 72 tahun lebam di dahi sebelah kanan dan luka di bawah dagu.
Kereta beliau juga rosak di bahagian bumper belakang, bonet dan cermin besar depan.
Beliau dihantar ke Hospital KPJ Pakar Puteri untuk rawatan dan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan rapi.