‘Amarjit ialah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul’

‘Amarjit ialah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul’

Kerajaan Sabah membalas pengkritik yang mempersoalkan pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Sabah.

Free Malaysia Today
Peter Anthony berkata, Amarjit Singh ialah pilihan betul untuk mengetuai Jabatan Air Sabah. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Kerajaan Sabah mempertahankan pelantikan seorang pemimpin cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang pernah disiasat berkaitan rasuah, untuk mengetuai Jabatan Air Sabah kerana pengkritik bimbang Amarjit Singh mungkin mendedahkan urus niaga meragukan di bawah pentadbiran lama.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata Amarjit ialah jurutera air berkelayakan.

“Kenapa mereka takut kehadirannya dalam syarikat utiliti? Adakah kerana mereka takut perjanjian yang dimeterai kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin mendedahkan hubungan dengan tuan politik dahulu yang sudah melarikan diri atau bersembunyi?”

Semalam, seorang aktivis Sabah menyifatkan pelantikan Amarjit yang juga setiausaha Warisan Cawangan Putatan sebagai “politik” dan tidak sesuai dengan perkhidmatan awam.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pelantikan Amarjit melanggar janji Warisan untuk memberi keutamaan kepada orang tempatan.

“Ini bertentangan perlindungan Borneonisasi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang memperuntukkan jaminan fundamental untuk ‘orang tempatan dahulu’ dalam pelantikan pegawai kanan dalam sektor awam,” kata Ongkili.

Tetapi, Anthony berkata, Amarjit ialah orang Sabah dan terlatih dalam bidang itu.

Free Malaysia Today
Amarjit Singh.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan Warisan akan menunaikan janji untuk mengamalkan ketelusan dan semua pelantikan berdasarkan meritokrasi.

Beliau percaya Amarjit boleh membangunkan syarikat utiliti negeri itu yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebagai seorang jurutera air yang terbabit dalam isu teknikal, saya pasti beliau boleh mengembalikan kecekapan jabatan itu yang imejnya terjejas teruk akibat siasatan rasuah oleh SPRM.

“Kami mahu mengubah Jabatan Air menjadi agensi menjana wang, bukannya melihat dana penting yang boleh digunakan untuk penambahbaikan lanjut dibazirkan atau dimasukkan ke poket orang tidak berprinsip.”

Amarjit ditahan SPRM tahun lalu bersama Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang kini ketua menteri. Anthony turut disiasat SPRM awal tahun ini dalam kes berasingan membabitkan sebuah ladang kelapa sawit.

Anthony berkata, orang Sabah tahu skandal air 2016 yang membabitkan keseluruhan jabatan itu.

“Kerajaan negeri BN di bawah Musa Aman dan timbalannya Joseph Pairin Kitingan tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan.”

“Kerajaan negeri BN di bawah Tan Sri Musa Aman dan timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki situasi itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.