
Chevrolet hitam yang dipandu Irwan memasuki kawasan SPRM kira-kira 9.30 pagi tadi, sebelum keluar semula 2 jam kemudian.
Ditanya wartawan mengenai laporan itu, Irwan berkata, ia bertujuan mendapatkan kebenaran kerana dakwaan kehilangan RM18 bilion itu tidak berasas.
“Petang ni saya akan buat laporan polis. SPRM beri jaminan akan siasat. Benda (duit) itu tidak hilang tetapi masuk dalam consolidated fund,” katanya.
Ditanya sama ada beliau memberikan sebarang dokumen kepada SPRM, Irwan berkata, semua dokumen berkaitan ada dengan Kementerian Kewangan.
Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan kekurangan RM18 bilion dalam dana amanah pembayaran balik GST.
Irwan kemudian menafikan dakwaan itu.