Editor Sarawak Report hairan termasuk permohonan tegah siar Najib

Editor Sarawak Report hairan termasuk permohonan tegah siar Najib

Clare Rewcastle-Brown berkata artikel Sarawak Report ditulis dengan fakta.

KUALA LUMPUR:
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown terkejut ia dimasukkan dalam permohonan tegah siar oleh Datuk Seri Najib Razak ke atas pertuduhan jenayah yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Clare ketika ditemui pemberita di kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mempertahankan Sarawak Report dengan berkata semua artikel yang diterbitkan di laman itu ditulis “dengan fakta”.

“Saya menulis dengan fakta dan tidak ada penulisan saya yang diperdebatkan,” katanya.

Beliau merasakan tegah siar ke atas Sarawak Report tidak perlu kerana laman itu tidak memberi impak.

“Saya tidak fikir penulisan dan artikel Sarawak Report memberikan impak. Saya yakin hakim akan dapat menilai dan menjalankan tugasnya,” katanya.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah dalam prosiding permohonan tegah siar pagi tadi, mengenal pasti Sarawak Report sebagai salah satu pihak yang mengeluarkan laporan berat sebelah.

Clare menghadiri prosiding hari ini kira-kira 9.10 pagi tadi dan dilihat keluar daripada kompleks itu kira-kira 12.30 tengah hari selepas prosiding ditangguhkan.

Sarawak Report editor arrives at court for Najib’s case

Permohonan ‘tegah siar’ Najib diketahui hari ini

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.