
Menurut teks khutbah yang bertajuk, “Kewajipan Memilih Sistem Perbankan Islam”, Jais berkata sistem itu juga tiada penindasan yang berbeza dengan sistem konvensional yang berasaskan riba.
“Sistem perbankan Islam wajib diikuti dan dipilih oleh semua umat Islam kerana ia mempunyai syarat yang perlu dipatuhi di mana sistemnya berdasarkan muamalat yang berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
“Berbeza dengan sistem perbankan lain yang berdasarkan kepada keuntungan semata-mata tanpa mengikut syariat Islam.
“Sistem perbankan Islam juga menitikberatkan konsep pahala dan dosa dalam setiap urusan, berbeza dengan perbankan konvensional,” menurut Jais.
Selain itu, Jais berkata institusi perbankan Islam menggunakan prinsip akad yang jelas seperti jual beli atau pelaburan untuk mendapatkan keuntungan.
“Manakala perbankan lain hanya menggunakan konsep pinjaman yang mengenakan riba kepada pelanggan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
“Keuntungan daripada institusi perbankan Islam wajib
dizakatkan dan akan dinikmati oleh asnaf yang layak, sebaliknya hasil keuntungan konvensional tidak dizakatkan kerana tidak mematuhi syariah.”
Jais juga menyeru umat Islam menyokong sistem perbankan Islam bagi memastikan diri, keluarga, harta dan kewangan selamat dan mendapat keberkatan daripada Allah.
caption: (letak gambar solat jumaat)
Jais menyeru umat Islam menyokong sistem perbankan Islam untuk memastikan diri, keluarga, harta dan kewangan selamat dan mendapat keberkatan Allah.