
Dia dijadualkan melapor diri untuk bertugas pada 20 Ogos.
Shahril dijangka mengambil alih tempat Azman, yang meletak jawatan beberapa minggu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah kerana menyimpang daripada tujuan asal membantu Bumiputera.
Pada 30 Julai lepas, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Dr Mahathir sebagai pengerusi baru dana itu dan dianggotai lembaga pengarah yang terdiri daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas timbalan gabenor Bank Negara, Sukudhew (Sukhdave) Singh; dan bekas pengarah eksekutif di pejabat pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin.
Shahril, 48, adalah pengarah urusan di Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) sebelum menyertai KWSP.
Beliau kini menjadi ahli lembaga bukan eksekutif di Media Prima Bhd, Malaysia Building Society Bhd, Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MRCB dan IJN Holdings Sdn Bhd.
Azman memimpin Khazanah pada 2004, dan memodelkan dana itu sebaris dengan Temasek, meningkatkan tadbir urus korporat dimonopoli sektor awam dan memacu penyusunan semula besar-besaran di sesetengah firma.
Dana itu juga melabur dalam projek hartanah, teknologi dan sektor logistik, ketika mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia. Di bawah Azman, pelaburan luar pesisirnya berkembang mewakili kira-kira 44.5% nilai asetnya yang dapat direalisasikan oleh pendedahan geografi.