
Bercakap kepada FMT, presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Datuk Arshad Raji berkata, adalah “tidak wajar” untuk mendedahkan keadaan persenjataan negara.
Beliau memberi respons terhadap laporan akhbar The Star yang memetik Mohamad berkata di Parlimen bahawa daripada 18 jet pejuang Sukhoi Su-30MKM milik TUDM, hanya 4 buah boleh terbang, sementara yang lain sedang dibaiki
RMAF juga memilki 10 buah jet pejuang MiG-29. Jet MiG-29 diperolehi pada 1995, sementara 6 jet Sukhoi diterima pada 2007 dan bakinya pada 2009.
“Kita tak perlu beritahu hanya 4 daripada Sukhoi itu boleh terbang. Ia merupakan aset penting tentera. Orang awam perlu berasa yakin dan terjamin bahawa ruang udara kita dilindungi” kata Arshad, yang menamatkan kerjaya ketenteraannya sebagai ketua turus bagi markas pemerintah lapangan.
“Negara di seluruh dunia mengekalkan tahap kesiagaan tertentu, hatta pada masa aman untuk bertindak balas terhadap ancaman luar, jadi kita tidak mahu orang lain tahu tentang tahap kesiagaan kita.”
Arshad berkata, beliau boleh memahami langkah kerajaan yang mahu bersikap telus, tetapi dalam isu keselamatan dan pertahanan negara, maklumat mengenainya seharusnya dihadkan kepada Ahli Parlimen, bukan dinyatakan kepada orang awam.
“Oleh sebab maklumat mengenainya kini diketahui umum, maka kita mesti menyiasat keadaan itu sepenuhnya. Kita membelanjakan berbilion ringgit setiap tahun untuk tujuan pertahanan, tentu ada sebab kenapa aset kita tidak tidak berada pada keadaan sepatutnya.”
Penganalisis pertahanan bebas, Lam Choong Wah berkata, beliau tidak melihat kenyataan Mohamad bermasalah besar kerana kita berada dalam suasana aman sekarang.
Pada waktu sedemkian katanya, negara seperti Jerman, Jepun dan juga England juga bersikap telus.
“Jepun menghadapi ancaman lebih besar, terutamanya peluru berpadu Korea Utara, tetapi mereka masih mengamalkan ketelusan ketenteraan yang tinggi.
“Ia bergantung kepada tahap ancaman, bukan kesiagaan aset. Tidak akan sesiapa yang akan mendedahkan perkara ini dalam suasana konflik,” kata Lam, yang merupakan felo kanan di badan pemikir Research for Social Advancement.
Reuters sebelum ini melaporkan kerajaan lepas menggantung rancangan untuk menggantikan pasukan MiG-29 dengan pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA).
Rancangan untuk membeli sepasukan MCRA dijangka menelan belanja RM8 bilion. Selama bertahun-tahujn kerajaan menimbangkan rancangan membeli 4 pilihan MRCA, terutamanya Dassault Rafale, BAE Systems Eurofighter Typhhon; Boeing F/A-18E/F Super Hornet dan SaabJAS-39 Gripen.