
Beliau berkata kerajaan berpendirian pihak syarikat bebas memilih seragam masing-masing selagi mampu menjalankan tugas dengan baik.
Dalam masa yang sama, kerajaan tidak menghalang pihak syarikat memperkenalkan seragam yang menepati kehendak agama.
“Kerajaan merasakan pakaian seragam pramugari Malaysia Airlines iaitu berkebaya menepati imej Malaysia.
“Kalau anda semua rasa pakaian pramugari kita menjolok mata, tolong jangan pandang,” kata menteri kepada wakil-wakil rakyat dalam ucapan penggulungan titah Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri menjawab pertanyaan Siti Zailah Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu bila isu seragam pramugari menjolok mata akan berakhir.
Wakil rakyat PAS dakwa pramugari terpaksa buka tudung demi sara keluarga