Maszlee arah henti langgan Utusan Malaysia

Maszlee arah henti langgan Utusan Malaysia

Arahan itu dikeluarkan kepada semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah KPM.

PETALING JAYA:
Menteri Pendidikan Maszlee Malik memohon agar langganan surat khabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibatalkan serta merta.

Memo Pejabat Menteri Pendidikan itu ditulis oleh Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan dan disampaikan kepada Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas itu bertarikh 18 Julai lalu.

Free Malaysia Today
Sumber KPM mengesahkan memo itu.

“Segala kerjasama dan jasa baik daripada pihak Mohd Ghazali dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih,” katanya dalam satu memo Pejabat Menteri Pendidikan yang diterima FMT melalui aplikasi WhatsApp.

Sumber kementerian turut mengesahkan memo itu kepada FMT namun Wan Saiful masih belum memberi sebarang komen lagi.

FMT sedang menghubungi pihak Utusan Malaysia untuk mengulas mengenai tindakan sekatan langganan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.