
“Saya kira ia tindakan terdesak mereka inginkan pengundi baru, dengan harapan pengundi baru akan sokong mereka.
“Saya tolak langkah sedemikan kerana pelajar-pelajar pada usia 16 tahun perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran di sekolah,” katanya dalam pertemuan dengan pengundi India di Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, hari ini.
Jumaat lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan menurunkan had umur ahli bertujuan memenuhi hasrat akar umbi parti itu dan memastikan beberapa perubahan dapat dilakukan ke atas struktur organisasi Umno.
Katanya, umur belia yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa ialah 15 tahun.
Zawawi yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun berkata, tindakan Umno itu akan menjejaskan usaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
“Untuk menurunkan had umur, saya lihat masih belum sesuai memandangkan kita tidak mahu melibatkan pelajar dengan politik.
“Saya kira belum sesuai untuk remaja sekolah kerana akhirnya akan mewujudkan perpecahan.”
Sementara itu, Zawawi menyangkal dakwaan kempennya di DUN Sungai Kandis tidak mendapat sokongan pemimpin tertinggi DAP.
“Sepanjang minggu ini, wakil DAP yang terdiri daripada exco kerajaan negeri, Ganapathi Rao sudah 3 kali berkempen untuk saya. Pada 2 Ogos depan, Lim Kit Siang akan turut membantu dan kemuncaknya adalah Lim Guan Eng juga akan turun.”
Katanya, dengan adanya sokongan semakin kuat daripada DAP, ia dapat menolak tanggapan negatif orang Melayu terhadap parti itu.
“Orang Melayu selama ini mereka hanya diberi gambaran buruk terhadap DAP, konsep yang kita terangkan ialah DAP bukan memusuhi Melayu dan Islam.”