
Ia bermula ketika ucapan penggulungan titah Agong apabila Guan Eng bertanyakan pada Wee sama ada bekas menteri itu tahu kerajaan ada membuat pembayaran itu.
1MDB ialah syarikat milik kerajaan.
“Adakah anda tahu RM7 bilion telahpun dibayar oleh kerajaan persekutuan mewakili pihak 1MDB,” kata Guan Eng.
Wee bangun dan berkata soalan menteri itu tidak adil kerana dia hanya boleh menjawab berdasarkan fakta yang ada padanya.
“Saya tahu apa yang benar sahaja, apa yang tak benar saya tak tahu,” kata Wee.
Guan Eng kemudian meminta Wee supaya duduk kerana tidak boleh menjawab soalannya.
“Kalau tak boleh jawab sila duduk, jadilah ‘gentleman’ macam Bagan Datuk (Zahid Hamidi),” katanya.
Menteri menimbulkan isu itu ketika memberi penjelasan tentang jumlah hutang negara kepada Dewan Rakyat. Sebelum ini, Putrajaya mengumumkan hutang negara mencecah RM1 trilion.