HFMD: Menteri gesa masyarakat patuhi langkah pencegahan

HFMD: Menteri gesa masyarakat patuhi langkah pencegahan

Langkah itu adalah penjagaan diri, persekitaran, basuh tangan sebelum dan selepas makan serta kuarantin anak-anak yang tidak sihat.

Free Malaysia Today
HFMD adalah penyakit yang berpunca daripada virus yang merebak menerusi air liur, cecair luka dan najis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan masyarakat agar mematuhi langkah pencegahan virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), agar pelaksanaan pencegahan virus itu boleh dicapai secara maksimum.

Beliau berkata, kematian pertama selepas virus itu melanda minggu lalu menyebabkan kementeriannya mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam proses mencegah penyakit itu semakin menular dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

“Lima langkah pencegahan yang kami (kementerian) kemukakan perlu diamalkan. Seperti penjagaan diri, persekitaran, basuh tangan sebelum dan selepas makan serta kuarantin anak-anak yang tidak sihat agak virus HFMD dapat dielakkan.

“Punca virus ini masih lagi dalam siasatan. Saya jangka kita akan tahu dalam masa terdekat. Namun saya memohon agar kita semua sabar menunggu untuk kebaikan ibu bapa,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

HFMD adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada virus yang mudah berjangkit, terutamanya Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 dan boleh merebak menerusi air liur, cecair luka dan najis.

HFMD: 7 kelas di 5 sekolah di Pulau Pinang masih ditutup

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.