Putrajaya persoal kejadian tandas di mahkamah Kuala Lumpur tidak dibersihkan

Putrajaya persoal kejadian tandas di mahkamah Kuala Lumpur tidak dibersihkan

Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin berkata beliau telah meminta laporan bertulis dibuat dan tidak akan bertolak ansur terhadap percubaan menyembunyikan kesalahan.

Free Malaysia Today
Timbalan Menteri Undang-undang, Hanipa Maidin berkata, percubaan menyembunyikan kesalahan tidak boleh diterima. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Jabatan Perdana Menteri akan menyiasat laporan hakim dan kakitangan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur membersihkan sendiri tandas di situ kerana pekerja pembersihan mogok sejak Mei lepas.

Timbalan Menteri Undang-undang, Hanipa Maidin berkata, beliau telah meminta laporan bertulis dibuat berhubung keadaan itu. “Saya serius. Percubaan menyembunyikan kesalahan tidak akan diterima,” katanya kepada FMT melalui pesanan teks.

Kerajaan persekutuan mempunyai kontrak dengan sebuah syarikat pembersihan yang berakhir Disember depan. Kira-kira 20 pekerja syarikat melancarkan mogok kerana dikatakan tidak dibayar gaji seperti dijanjikan.

Menurut sumber, hakim dan kakitangan mahkamah membawa sendiri pengelap lantai, penyapu, berus, baldi dan sabun bagi memudahkan kerja pembersihan kerana peralatan tersebut disimpan oleh pekera di beberapa tempat berbeza.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dikatakan maklum tentang keadaan itu dan dilaporkan Pejabat Ketua Pendaftar mahkamah mengadakan program gotong royong hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.