Megat Zaharuddin pengerusi Felda baru

Megat Zaharuddin pengerusi Felda baru

Bekas pengerusi Maybank ini menggantikan Tan Sri Shahrir Samad.

Free Malaysia Today
Megat Zaharuddin, bekas pengerusi Maybank. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Agensi perladangan milik negara, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mengumumkan pelantikan bekas pengerusi Maybank sebagai pengerusi baru.

Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor akan menggantikan Tan Sri Shahrir Samad yang dibawa masuk Januari tahun lepas untuk membetulkan isu-isu pengurusan di agensi tersebut dan membina semula sokongan kepada kerajaan Datuk Seri Najib Razak dalam kalangan peneroka menjelang pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Peneroka Felda bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup dan paras hutang yang tinggi kerana kekurangan pendapatan. Shahrir meletakkan jawatan selepas kekalahan mengejut Barisan Nasional pada pilihan raya lepas.

Megat Zaharuddin menjadi pengerusi Maybank selama 7 tahun dan mempunyai pengalaman 31 tahun di sektor minyak dan gas, kata Felda dalam kenyataan.

“Tujuh ahli lembaga baru, kecuali pengerusi, termasuk profesional dan pakar bidang juga dilantik berkuatkuasa hari pada yang sama,” kata kenyataan itu.

Peneroka Felda membentuk majoriti pengundi di sekurang-kurangnya 54 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.