
“Saya minta kerajaan hari ini bersandarkan Malaysia Baru, buatlah yang terbaik untuk rakyat. Jangan lagi bersikap seperti pembangkang. Biar kami jadi pembangkang, kita akan bangkang perkara yang tak baik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, pemimpin kerajaan sekarang seolah-olah tidak menyangka akan mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Sebab itu mereka tak sedia jadi kerajaan, bila jadi pemerintah, mereka kelam kabut,” katanya ketika membahaskan titah Yang Di-Pertuan Agong.
Beliau bagaimanapun memuji sikap Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menurutnya menunaikan janji.
Menurutnya, beliau sendiri menerima kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu dengan hati terbuka.
“Keputusan 9 Mei, Umno dan BN tidak menggelabah. Kita redha dan berlapang dada, kita tak buat tomahan pada Suruhanjaya Pilihan Raya, polis… kita terima sebab adat bertanding begitu.
“Macam piala dunia setiap 4 tahun ada juara baru, buat kali pertama lepas PRU tak ada demonstrasi. Dulu asal kalah sahaja, buat Bersih 1, Bersih 2 sampai 5, negara kucar-kacir, kita kalah kita tak buat sesuatu yang menjejaskan rakyat dan ekonomi,” katanya.