
Mangsa yang cedera terdiri mereka yang terlibat dengan kempen pilihan raya untuk Parti Balochistan Awami di bandar Dalbandin, Chaghi, sebuah daerah di wilayah barat daya Balochistan.
Menurut agensi berita Xinhua, memetik sumber media tempatan pada Isnin, ia merupakan serangan keganasan kali kedua berlaku pada hari sama, menjelang pilihan raya 25 Julai nanti.
5 mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.
Meskipun pasukan keselamatan mengepung kawasan kejadian dan melancarkan operasi untuk mengesan dalang yang melakukan serangan, setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Terdahulu, seorang calon kerusi dewan wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, maut dalam kejadian serangan pengebom bunuh diri.
Serangan terbaru itu adalah yang kesembilan berlaku kepada calon pilihan raya sejak awal bulan ini.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 3 ahli politik terkenal terbunuh.