Kes bayi mati: Undang-undang lompong, perlu diperketat, kata Wan Azizah

Kes bayi mati: Undang-undang lompong, perlu diperketat, kata Wan Azizah

Menteri berkata kekurangan apda undang-undang sedia ada antara penyebab tragedi kematian bayi masih berlaku.

KUALA LUMPUR:
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kementerian dan Pejabat Peguam Negara sudah mengenalpasti kelompongan pada undang-undang sedia ada yang akan diperketatkan bagi melindungi bayi.

Beliau berkata kekurangan pada undang-undang sedia ada antara penyebab tragedi kematian bayi masih berlaku, katanya ketika mengulas kematian Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan, yang meninggal dunia dengan kesan lebam, pendarahan dan keretakan pada tubuh.

“Kita akan meneliti undang-undang dan peraturan yang boleh diperketatkan untuk memastikan tragedi ini tidak berulang. Kita kenal pasti banyak lompong pada undang-undang yang perlu diperketatkan,” katanya kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ini.

Wan Azizah berkata kes itu akan dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Dalam kejadian 17 Julai lepas, Naufal yang dijaga pengasuh dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Johor Bahru selepas dipercayai diserang sawan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru pada dahi kiri bayi, pendarahan pada bahagian mata dan keretakan tempurung kepala, menurut laporan media.

Susulan itu polis menahan pengasuhnya pada 19 Julai untuk siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Naufal dilaporkan meninggal dunia pada 9.00 pagi hari ini di hospital.

PPIM: Banyak kes bayi mati, cedera tak dapat pembelaan

Kematian bayi: ‘Kerja mudah’, kata pengasuh tak berdaftar

Pengasuh didakwa sebabkan kematian bayi 8 bulan

Kes sorok bayi dalam peti ais: Mahkamah tetap ikat jamin RM18,000

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.