
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, pengalaman Nungsari sebagai ahli ekonomi dan pernah berkhidmat sebagai ahli Mavcom berpotensi untuk menerajui jabatan itu dengan baik.
“Sudah semestinya selepas pengambil alihan jawatan ini beliau akan terus meneliti isu-isu yang berbangkit dalam soal penerbangan Malaysia.
“Terutamanya isu pengawalan harga tiket domestik yang perlu diselesaikan segera,” katanya dalam sidang media penyerahan surat lantikan Pengerusi Eksekutif Mavcom hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.
Anthony juga berkata elaun yang diterima penyandang jawatan itu adalah sama dengan elaun yang diterima oleh peneraju Jabatan Penerbangan Awam (CAMM).
“Sejajar dengan ketelusan yang dibawa oleh Malaysia baru, saya mengumunkan elaun yang diterima Dr Nungsari sebanyak RM15,000 sama dengan jawatan pengerusi eksekutif CAMM.
Nungsari ketika ditemui berharap dapat bekerjasama dengan kementerian itu untuk menyelesaikan isu berbangkit dalam bidang kerjanya.
“Kita akan pastikan masyarakat terutamanya pelanggan sentiasa berpuas hati dengan penyediaan perkhidmatan penerbangan di negara ini,” katanya.