
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) berkata kerajaan baharu sepatutnya berlaku adil selaras dengan sistem demokrasi negara.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana beri peruntukan kepada semua ahli parlimen termasuk pembangkang walaupun jumlahnya tidak sama.
“Masih belum berlaku adil dalam satu sistem demokrasi, kita kena berlaku adil kerana keadilan adalah prinsip digariskan oleh agama,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
Cadangan Tuan Ibrahim itu menarik perhatian Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), apabila bangkit mempersoalkan adakah kerajaan Terengganu dan Kelantan yang ditadbir PAS akan memberi peruntukan sama rata kepada pembangkang.
“Kita dah buat komitmen untuk bagi tapi kena tengok Pakatan Harapan bagi dulu atau tidak,” tambah Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim mewakili partinya mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana bersetuju memberikan royalti minyak kepada Terengganu dan Kelantan.
“Kalau boleh tengok hutang lama bayar balik,” katanya.