Dr Mahathir alu-alukan laporan Jho Low ditahan

Dr Mahathir alu-alukan laporan Jho Low ditahan

Dr Mahathir masih tidak menerima sebarang makluman rasmi dari negara berkenaan selain makluman daripada media.

Free Malaysia Today
Dr Mahathir berkata, walaupun tidak ada kerjasama rasmi untuk membawa pulang Jho Low, tetapi itu tidak bermakna individu berkenaan tidak boleh dibawa pulang.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan laporan yang menyatakan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low ditahan di China.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau masih tidak menerima sebarang makluman rasmi dari negara berkenaan selain makluman daripada media.

“Saya tidak tahu bahawa dia ditahan, terima kasih atas makluman. Saya harap dia ditahan dan akan dibawa pulang ke dalam negara,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir berkata, walaupun tidak ada kerjasama rasmi untuk membawa pulang Jho Low, tetapi itu tidak bermakna individu berkenaan tidak boleh dibawa pulang.

“Apa yang saya tahu, dia berpindah randah mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Jho Low dikehendaki pihak berkuasa berhubung peranannya dalam skandal 1MDB.

Sarawak Report memetik laopran sebuah stesen radio Hong Kong berkata beliau ditangkap di China.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau masih berusaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai tangkapan tersebut.

“Saya tak boleh sahkan. Saya akan periksa maklumat terperinci segera,” katanya kepada pemberita di Petaling Jaya.

Baru-baru ini Jabatan Imigresen membatalkan pasport Malaysia milik Jho Low, tetapi ahli perniagaan itu dipercayai membawa pasport dikeluarkan oleh Saint Kitts dan Nevis, sebuah pulau di West Indies.

Jho Low guna pasport Saint Kitts & Nevis, nama sama

Tidak, Jho Low tidak berada di China, kata pegawai

Jho Low sudah lari, kami tak tau ke mana, kata KPN

Malaysia minta Macau tahan Jho Low

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.