
Katanya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kini di peringkat akhir memuktamadkan penetapan harga itu.
“Satu kajian menyeluruh sedang dimuktamadkan, kita belum memastikan pendekatan harga siling atau pendekatan lain, tapi pokoknya apa-apa keputusan dasar yang dibuat tidak memberi impak negatif kepada rakyat.
“Tidak ada gunanya kita menetapkan kadar siling semasa musim perayaan, tetapi pada hari-hari biasa, tiket kapal terbang itu tidak dapat dikawal,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru), yang ingin tahu adakah harga siling tiket penerbangan musim perayaan dapat dilaksanakan, pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) mengenai harga tiket penerbangan domestik MASwings di Sarawak, Loke berkata, ia akan dilaksanakan melalui penetapan kadar tambang tanpa caj lain yang dikenakan operator, seperti surcaj bahan api.
“Siling tersebut akan dikaji semula dengan lebih kerap dan ia ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama di antara Kementerian Pengangkutan, Mavcom dan MASwings mengikut keperluan semasa.”