Polis: Mayat kerat 6 milik wanita Bangladesh

Polis: Mayat kerat 6 milik wanita Bangladesh

Polis berkata, mangsa berusia 29 tahun dan mereka sedang mengesan suaminya berusia 37 tahun yang dipercayai kini berada di Johor.

Free Malaysia Today
Anggota bomba mengangkat mayat wanita dikerat 6 yang ditemui di tebing Sungai Gombak, pada 5 Julai lalu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mayat seorang wanita yang dikerat 6 dan ditemui dalam 2 beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, pada 5 Julai lepas ialah warga Bangladesh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mangsa berusia 29 tahun itu mempunyai suami dikenali sebagai Md Shahzada Saju, 37.

Katanya, polis sedang mengesan suami mangsa yang juga warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kematian isterinya.

“Polis sedang mengesan seorang saksi, iaitu suami mangsa bagi membantu siasatan, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bukit Jalil, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya lelaki yang pernah bekerja di kedai makan di ibu negara, kini berada di Johor.

“Pasport milik mangsa juga dipercayai ada bersama suaminya.”

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau DSP M Gunalan di talian 019-3114418.

Pada 5 Julai lepas, seorang gelandangan wanita yang tinggal berhampiran lokasi penemuan mayat itu membuat laporan polis di Balai Polis Komuniti Putra Chow Kit berhubung penemuan beg pakaian mencurigakan.

Susulan laporan itu, polis menemui anggota manusia yang dibungkus dua lapisan plastik hitam dan satu lapisan kain cadar dalam 2 beg pakaian berjenama “Power Polo” dan “USA Polo” pada jarak kira-kira 20.6m antara satu sama lain.

Polis turut menemui loket dengan tulisan “Allah” dalam huruf jawi dan seutas rantai leher pada mayat wanita itu.

Mayat dikerat dijumpai dalam 2 beg pakaian di Sungai Gombak

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.