Pelajar UiTM berborak di telefon maut jatuh bangunan

Pelajar UiTM berborak di telefon maut jatuh bangunan

Pelajar lelaki itu tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat 4 semasa bercakap di telefon.

Free Malaysia Today
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
SEPANG:
Seorang penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil maut setelah terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama institusi itu malam semalam (15 Julai).

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pelajar jurusan Sains berusia 18 tahun itu dipercayai tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat 4 semasa bercakap di telefon dalam insiden 11.32 malam.

“Tiada kesan unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya, sambil menambah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Abdul Aziz berkata walaupun kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), siasatan masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.