
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ketua umum PKR itu kini juga semakin pulih selepas menjalani rawatan di Turki.
“Keadaan kesihatan beliau tidak jadi masalah… kalau dilihat beliau semakin pulih cuma sekarang masih dalam pemantauan doktor,” katanya kepada pemberita pada jamuan Hari Raya Aidilfitri di Lucky Garden, Bangsar, di sini, semalam.
Anwar kini berada di Turki kerana mendapatkan rawatan kesihatan selepas menjalani pembedahan melibatkan tulang belakang dan bahu di sana.
Ahmad Fahmi yang menyokong cadangan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden parti, turut bersetuju langkah itu akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri ke-8.