Shafie: Henti jadikan pelantikan Malanjum isu agama, kaum

Shafie: Henti jadikan pelantikan Malanjum isu agama, kaum

Ketua menteri Sabah berkata Malanjum terpilih kerana kebolehannya, dan Brunei juga mempunyai seorang bukan Islam mengetuai badan kehakimannya.

KOTA KINABALU:
Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal mengecam Umno dan PAS kerana menimbulkan isu kaum dan agama dalam bantahan terhadap pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua badan kehakiman.

Beliau mengingatkan pembangkang bhawa Brunei, yang mempunyai lebih 90% penduduk beragama Islam, juga melantik seorang bukan Islam, Steven Chong Wang Oon, sebagai ketua hakim mahkamah besar negara itu.

Brunei bukan sahaja sebuah negara majoriti Islam tetapi juga mengamalkan hukuman hudud dan qisas.

Shafie berkata parti-parti pembangkanhg tidak sepatutnya memainkan isu kaum dan agama. Beliau berkata Malanjum dipilih kerana pengalaman dan kemampuannya.

“Kita semua tahu ada banyak masalah dalam sistem kehakiman kita semasa kerajaan dulu dan kita perlukan seseorang untuk membetulkannya. Kami sangat yakin Malanjum orang terbaik untuk melakukannya, bukan kerana dia seorang rakyat Sabah tetapi kami yakin akan kebolehannya,” katanya.

Shafie juga berkata wajar mengaitkan pelantikan Malanjum kepada tuntutan memenuhi terma-terma Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong kerana bersetujui dengan pelantikan itu, sebagai mengiktiraf seorang rakyat dari Malaysia Timur.

Malanjum mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara pada 11 Julai, menjadi orang pertama dari negeri-negeri Borneo yang diangkat ke jawatan tertinggi badan kehakiman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.