Anak Najib hentam kerajaan ‘pendendam’ selepas akaun bank dibeku

Anak Najib hentam kerajaan ‘pendendam’ selepas akaun bank dibeku

Nooryana Najwa mendakwa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.

Free Malaysia Today
Nooryana mendakwa akaun bank peribadinya dibekukan selepas dia membayar ikat jamin bapanya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa akaun bank peribadinya dibekukan selepas membayar ikat jamin bapanya.

Nooryana dalam satu catatan di Facebook berkata dia dimaklumkan oleh pihak bank yang ia menerima arahan untuk membekukan akaun peribadinya, yang antara lain digunakan untuk membayar yuran persekolahan.

Beliau juga mendakwa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.

“Apakah kerajaan ini terlalu berdendam hingga mereka mahu menghapuskan seluruh keluarga saya?

“Apa kaitan duit simpanan bayi saya dengan 1MDB? Apakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?”

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan ikat jamin RM1 juta ke atas Najib yang berdepan 4 pertuduhan yang berkaitan dengan RM42 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Mahkamah membenarkan Najib membayar RM500,000 hari ini dan bakinya perlu diselesaikan menjelang 3.00 petang pada Isnin.

Anaknya, Norashman dan Najwa, membayar ikat jamin itu.

Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan, termasuk pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa berhubung RM42 juta yang dikatakan daripada SRC International Sdn Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.