
KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas, Petronas, hari ini, mengumumkan Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan, sudah menyempurnakan jawatannya pada 30 Jun, berikutan pelaksanaan lanjutan kontrak 3 tahunnya bermula 1 Julai, 2015.
Dalam satu kenyataan, Petronas berkata, Sidek dilantik sebagai pengerusi pada 1 Julai 2012, dan sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam dan bersara sebagai ketua setiausaha negara ke-12.
“Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sidek Hassan atas sumbangan dan komitmennya dalam memberikan panduan dan penyeliaan kepada lembaga pengarah Petronas sejak 6 tahun lepas.
“Kami mengucapkan yang terbaik untuk masa hadapannya,” tambah kenyataan itu.