Jangan politikkan isu pembinaan SJKC, Maszlee tegur MCA

Jangan politikkan isu pembinaan SJKC, Maszlee tegur MCA

Menteri berkata pembinaan sekolah perlu diteliti secara objektif kerana keadaan kewangan negara.

Free Malaysia Today
Maszlee berkata pembinaan sekolah yang telah melakukan pecah tanah akan diteruskan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Pendidikan Maszlee Malik meminta Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong jangan mempolitikkan isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana keputusan dibuat berdasarkan situasi kewangan negara.

Maszlee berkata pembinaan sekolah perlu diteliti secara objektif kerana keadaan kewangan negara.

Beliau mengulas projek pembinaan 10 SJKC baru dan perpindahan 6 SJKC yang diluluskan kerajaan dulu tetapi disemak semula oleh kerajaan sekarang.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kementerian akan melaksanakan perpindahan 6 sekolah tersebut, dan akan meneliti secara objektif mengenai pembinaan 10 sekolah berdasarkan situasi kewangan semasa dan isu-isu ketelusan.

“Bagaimanapun, pembinaan 2 buah sekolah yang telah melakukan proses pecah tanah akan terus dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, MCA menggesa Kementerian Pendidiman meneruskan pembinaan 10 SJKC baru dan perpindahan 6 SJKC yang diluluskan pentadbiran lepas bagi memenuhi hasrat masyarakat Cina setempat.

Wee menghentam dakwaan pembinaan SJKC bermotif politik sebagai tidak masuk akal, begitu juga alasan kewangan.

Maszlee bagaimanapun mengundang Wee untuk menunjukkan dan membentangkan kajian ke atas projek pembinaan 10 SJKC baru yang dijalankan kerajaan dulu.

“Saya menjemput beliau supaya pihak kementerian dapat menelitinya dengan terperinci,” katanya.

Maszlee making Chinese schools political sacrificial lambs, says MCA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.