Kajian dapati FMT, Kini ‘seimbang, berkecuali’ dalam liputan PRU14

Kajian dapati FMT, Kini ‘seimbang, berkecuali’ dalam liputan PRU14

Kajian universiti ke atas liputan pilihan raya mendapati liputan FMT dan sebuah lagi portal kritis terhadap kerajaan dan pembangkang.

Free Malaysia Today
Carta membandingkan liputan pilihan raya Malaysiakini dan FMt di satu persidangan pasca PRU14 di UIA hari ini.
KUALA LUMPUR:
Satu kajian universiti tempatan ke atas liputa media sepanjang kempen pilihan raya umum baru-baru ini mendapati 2 laman berita popular menawarkan laporan yang seimbang dan berkecuali.
Zeti Azreen Ahmad

Zeti Azreen Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata analisis berita-berita FMT dan Malaysiakini sepanjang 12 hari berkempen menuju hari pengundian mendapati 2 laman itu memberikan liputan kepada kerajaan dan pembangkang dan mengekalkan sikap tidak menyokong mana-mana pihak.

Zeti dan rakan penyelidiknya, Nur Shakira Mohd Nasir dari Jabatan Komunikasi mengkaji 1,080 berita disiarkan antara 28 April dan 10 Mei.

“Kebanyakan bahan berita kedua-dua laman itu kritis terhadap kerajaan dan pembangkang. Tumpuan kurang diberikan kepada bahan yang menyokong,” kata Zeti pada persidangan yang mengkaji negara pasca pilihan raya.

Beliau berkata pemberita FMT “lebih berkecuali”.

Meskipun begitu FMT dan Malaysiakini sering dilabel “pro-pembangkang”, katanya dan menambah ia mungkin kerana media “arus perdana” tradisional mengamalkan sikap “pro-kerajaan”.

Kajian juga mendapati kedua-dua portal itu paling banyak menulis tentang Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad manakala PAS paling kurang mendapat publisiti.

Shafizan Mohamed.

Seorang lagi ahli akademi di UIA, Shafizan Mohamed mengkaji catatan-catatan pengguna media sosial yang berhubungan dengan 8 ahli politik terkenal dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS.

Beliau berkata calon PAS di Shah Alam, Ahmad Dusuki, paling aktif berbanding Dr Mahathir, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Nurul Izzah Anwar.

“Ahmad mempunyai pengikut paling ramai berbanding semua pemimpin PAS lain. Walaupun terdapat komen-komen positif, mereka tidak semestinya menyuarakan sokongan,” katanya.

Ahmad satu-satu daripada 8 ahli politik itu yang tewas.

Shafizan juga berkata kebanyakan komen media sosial di catatan Najib bersuara negatif.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.