Perhimpunan agung PPBM pada Disember

Perhimpunan agung PPBM pada Disember

Sidang peringkat cawangan dari 1-15 September diikuti sidang peringkat bahagian 30 September-14 Oktober.

KUALA LUMPUR:
PPBM akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan 2018 pada 16 Disember depan.

Setiausaha Agung Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata ia akan bermula dengan persidangan cawangan dari 1 hingga 15 September diikuti persidangan bahagian dari 30 September hingga 14 Oktober.

“Garis masa dan panduan persidangan hendaklah dirujuk kepada Pekeliling SUA Bil 2/2018 yang sudah diedarkan kepada semua ketua badan pimpinan negeri untuk edaran dan makluman di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lokasi sidang nasional akan dimaklumkan kemudian, katanya.

Shahruddin berkata mesyuarat ahli majlis pimpinan tertinggi parti pada 28 Mei lepas bersetuju dengan penubuhan cawangan, sayap Srikandi cawangan dan sayap Pemuda cawangan untuk semua 137 bahagian yang sudah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan bersesuaian dengan Fasal 13.8.3 dan Fasal 21.1 Perlembagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.