
Satu artikel di forum teknologi Lowyat.net menasihatkan pengguna internet mengelak menggunakan perkhidmatan perbankan internet sebagai langkah berjaga-jaga.
MyNIC Berhad yang merupakan satu-satunya penyelaras bagi semua laman web tempatan di Malaysia berakhir dengan .my memohon maaf kepada pengguna dan pelanggan yang menghadapi gangguan itu.
Katanya, mereka berdepan “beberapa isu teknikal berkaitan rantaian DNSSEC (Sambungan Keselamatan DNS) dengan IANA (Pihak Berkuasa Nombor Ditugaskan Internet)”.
Bagaimanapun, pengguna Twitter mempersoalkan sama ada kakitangan MyNIC tidur ketika cuti Hari Raya kerana mendakwa mereka hanya melaporkan masalah itu 10 hingga 12 jam selepas ia berlaku.
Pengumuman MyNIC dimuat naik ke Twitter pada 4.35 pagi tadi.
“Kami sedang berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Lebih banyak butiran akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.”
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau dimaklumkan perkara itu pagi tadi dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta MyNIC sedang mengambil tindakan untuk mengatasi gangguan sejak semalam itu.
“Maklumat lanjut selepas menerima laporan terperinci kemudian,” tulisnya di Twitter hari ini.